Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Kutipan RM42,000 akan digunakan bagi meneruskan bantuan kepada pesakit kanser payudara serta membiayai program kesedaran dan kebajikan.
Transcript
00:00Selama dua dekad, Sandakan Pink Ribbon menjadi tempat pesakit kanser payudara mendapatkan sokongan moral, bantuan kebajikan dan semangat untuk melawan
00:09penyakit itu.
00:10Bermula sebagai inisiatif kesedaran pada tahun 2006, pesatuan berkenaan kini berkembang menjadi rangkaian sokongan yang membantu pesakit dan keluarga mereka
00:19menghadapi cabaran rawatan.
00:21Sementara ulang tahun ke-20, Sandakan Pink Ribbon berjaya mengumpul RM42,000 menerusi majlis makan malam amal di Sandakan pada
00:31Sabtu.
00:34Kutipan itu akan digunakan bagi meneruskan bantuan kepada pesakit kanser payudara serta membiayai program kesedaran dan kebajikan.
00:42Presiden Persatuan Sokongan Kanser Payudara Sandakan Mary Alex Mansew berkata, persatuan turut menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM250 kepada pesakit, manakala
00:53bantuan tambahan dipertimbangkan berdasarkan keperluan masing-masing.
00:58Menurutnya sokongan keluarga terutama suami amat penting dalam memberikan kekuatan kepada pesakit sepanjang menjalani rawatan.
01:05Dan yang penting sekali ialah kita tekankan support moral, moral support from the family, especially the own family, immediate family,
01:16terutamanya pada suami, perlu memberi support yang sepenuhnya keluarga yang terdekat semasa pesakit menjalani rawatan.
01:27Sebab ini adalah sangat penting.
01:30Bantuan persatuan itu bukan sahaja tertumpu kepada penduduk sandakan, malah turut melibatkan pesakit dari kawasan yang jauh, seperti telupit, peluran
01:40dan tongot.
01:41Program kesedaran turut dijalankan di sekolah, ladang dan kawasan luar bandar bagi menggalakkan pengesanan awal penyakit berkenaan.
01:48Terima kasih telah menonton!

Recommended