Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Rata-rata pelanggan berusia 20-an hingga 40-an itu ditahan ketika sedang leka meraikan pesta 'Halloween' dengan suasana dan berpakaian yang menyeramkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebih 400 pengunjung sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail di Ibu Negara ditahan dalam serbuan polis pada ahad.
00:08Rata-rata pelanggan berusia 20-an hingga 40-an itu ditahan ketika sedang leka meraihkan pesta Halloween dengan suasana dan
00:16berpakaian yang menyeramkan.
00:21Ketua Polis Daerah Dangwangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin dalam satu kenyataan berkata, serbuan dijalankan ke atas pusat hiburan
00:29di tingkat 5 di bangunan itu pada jam 2.30 pagi.
00:33Katanya berdasarkan maklumat dan risikan dijalankan, premis itu menjalankan aktiviti hiburannya tanpa lesen yang sah.
00:40Selain itu, risikan mendapati terdapat aktiviti yang menjurus kepada penyalahgunaan dadah.
00:45Ahmad Azwan berkata susulan itu pihaknya melakukan pemeriksaan menyeluruh selain menahan kesemua pengunjung untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah
00:54IPD Dangwangi.
00:56Ujar beliau hasil pemeriksaan seramai 299 pelanggan lelaki dan 118 pelanggan wanita ditahan untuk siasatan lanjut selain bagi tujuan proses
01:07dokumentasi dan mereka turut diarahkan menjalani ujian air kencing.

Recommended