Skip to playerSkip to main content
Ketua Menteri Melaka, Datuk Ser Ab Rauf Yusoh menggesa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari supaya mencerminkan rekod pentadbirannya sendiri sebelum mempersoalkan prestasi kerajan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).
#PRNMelaka #MelakaMemilih
Transcript
00:00Cermin rekod pentadbiran sendiri sebelum mempersoalkan prestasi Kerajaan Negeri Melaka Pimpinan Barisan Nasional BN.
00:08Itu penegasan Ketua Menteri Datuk Seri Abdul Rauf Yusof kepada Adli Zahari sebagai respons terhadap kenyataan pengurusi Pakatan Harapan PH
00:16Melaka itu yang mempersoalkan rekod pentadbiran BN.
00:23Abdul Rauf tidak berminat mengulas prestasi Adli ketika menjadi Ketua Menteri. Sebaliknya, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri apa yang
00:32telah dilaksanakan Kerajaan Negeri.
00:36Saya tak tahu pada sudut mana dia mendapatkan dapatan-dapatan tersebut tapi saya tak nak ulas kerana beliau juga pernah
00:42jadi Ketua Menteri. Saya pun tak nak ulas sebab dia jadi Ketua Menteri apa dia buat.
00:46Abdul Rauf dalam pada itu berkata BN akan terus memberi tumpuan kepada rekod perkhidmatan serta usaha mendekati rakyat bagi mempertahankan
00:55kepercayaan pengundi pada pilihan rakyat negeri kali ini.

Recommended