Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Peserta mendakwa semakan senarai daftar pemilih yang kontroversi itu memberikan kelebihan kepada parti pemerintah pimpinan Modi, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang berteraskan nasionalis Hindu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Delhi pada Ahad bagi menuntut peletakan jawatan Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya India, Gyanesh Kumar, susulan
00:09tindakan menyemak semula daftar pemilih.
00:11Himpunan itu merupakan siri demonstrasi terbaharu pembangkang dalam tempoh lebih sebulan bagi mencabar Perdana Menteri Narendra Modi.
00:22Diterajui oleh Ketua Parti Kongres Rahul Gandhi dan pemimpin pembangkang lain, para peserta mendakwa semakan senarai daftar pemilih yang kontroversi
00:30itu memberikan kelebihan kepada Parti Pemerintah Pimpinan Modi, Parti Bharatiya Janata BJP yang berteraskan nasionalis Hindu.
00:39Penganalisis menyifatkan siri protes ini serta sokongan yang kian meningkat terhadap blok pembangkang sebagai krisis terburuk buat Modi sejak beliau
00:46memegang tampuk kuasa pada 2014, walaupun kerajaan pimpinannya kekal stabil dan pilihan rakyat umum seterusnya hanya akan diadakan pada tahun
00:552029.
00:57Langkah pengemas kinian daftar pemilih tersebut menyaksikan lebih 130 juta nama dikeluarkan.
01:03Parti-parti pembangkang mendakwa proses pembersihan senarai itu memberikan kesan tidak seimbang terhadap pengundi Muslim dan golongan minoriti lain yang
01:12sebahagian besarnya cenderung untuk tidak menyokong BJP.
01:17Bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya India menafikan dawaan memihak kepada mana-mana parti politik dan menegaskan bahawa pemilih yang digugurkan secara
01:25tersilap boleh mendaftar semula.
01:28Dalam masa yang sama, BJP menuduh pihak lawan cuba mengugat sistem demokrasi dengan mempertikaikan proses pilihan raya yang sah secara
01:36melulu.
01:37Terima kasih kerana menonton!

Recommended