00:00Polis sedang menyiasat tindakan seorang wanita yang didakwa mengasari dua kanak-kanak di sebuah pusat beli-belah di Ibu Negara,
00:06susulan kejadian itu tular di media sosial.
00:09Ketua Polis Daerah Dangwangi, Asisten Komisional Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 35 saat yang
00:18memaparkan pertengkaran antara dua individu di premis berkenaan yang dipercayai berkaitan dengan insiden itu.
00:26Menurutnya, polis menerima laporan daripada bapa kepada dua kanak-kanak terbabit yang berusia 36 tahun pada jam 7.39 minit
00:34malam.
00:34Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika pengadu sedang berjalan bersama dua anaknya yang berusia
00:422 dan 7 tahun.
00:44Seorang wanita yang tidak dikenali didakwa secara tiba-tiba menolak anak lelaki pengadu dari belakang sehingga terjatuh.
00:51Wanita itu juga didakwa memukul bahagian belakang kepala anak perempuan pengadu yang berusia 2 tahun.
00:58Polis memandang serius insiden berkenaan dan kini menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian serta melengkapkan kertas siasatan mengikut
01:07perutukan undang-undang.
01:09Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menampilkan diri bagi membantu siasatan polis.
Comments