00:01Tuan-Tuan dan Pertua, untuk maklumat ahli yang berhormat, selaras dengan pelaksanaan fungsi kawalan di pintu masuk negara di bawah
00:08Akta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 Akta 860 Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
00:16sedang memindahkan aset dan fungsi pemeriksaan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia AKPS secara berperingkat mula 1 Oktober 2025.
00:27Proses ini melibatkan 184 unit mesin pengimbas kargo dan bagasi di pintu-pintu masuk utama dengan 132 unit dilengkapi teknologi
00:38berasaskan kecerdasan buatan Artificial Intelligence.
00:41Penggunaan pengimbas berteknologi tinggi termasuk teknologi berasaskan kecerdasan buatan, yakni AI, dalam pemeriksaan kargo berpotensi meningkatkan keupayaan pengesanan melalui analisis
00:53imej
00:54dan pengendal pastian objek yang mempunyai ciri-ciri tertentu.
00:58Walaupun bagaimanapun keberkesanan sesuatu sistem bergantung kepada jenis teknologi, konfigurasi sistem, pengkalan data, algorisma, tahap ketepatan pengesanan serta keupayaan
01:09dan kompetensi pemeriksa keselamatan yang mengendalikan sistem tersebut.
01:14Dari perspektif keselamatan penerbangan awam, penggunaan teknologi pengimbasan adalah tertakluk kepada kehendak kawal selia pihak berkuasa keselamatan penerbangan awam.
01:23Di bawah Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Keselamatan 2019, peralatan keselamatan yang digunakan bagi tujuan pemeriksaan
01:31hendaklah mendapat kebenaran pihak berkuasa keselamatan di bawah Peraturan 13, menekala kargo dan mel yang hendak dibawa melalui pengangkutan udara
01:40hendaklah menjalani proses pemeriksaan oleh pemeriksa keselamatan yang diperakui selaras dengan Peraturan 18.
01:48Menekala di pelabuhan pula, sebarang fungsi pemeriksaan dan penguatkuasaan dilaksanakan oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Kustom Deraja Malaysia dan AKPS.
01:58Jabatan Kustom telah menyediakan prosedur pengendalian standard operating procedure, pengurusan mesin pengimbas JKDM
02:08sebagai panduan kepada pengawal-pengawal kustom yang mengendalikan mesin pengimbas mengenai cara-cara pengoperasian mesin
02:15seperti langkah-langkah keselamatan pengoperasian sistem, penyelenggaraan mesin, peralatan sokongan dan tata cara laporan
02:22supaya tugas dapat dijalankan dengan cekap dan sistematik.
02:25Sehubungan itu, teknologi AI hendaklah dilihat sebagai satu alat sokongan kepada proses pemeriksaan keselamatan
02:33dan bukan sebagai satu-satunya asas bagi keputusan pelepasan suatu kargo.
02:38Keputusan pemeriksaan hendaklah dibuat berdasarkan keseluruhan proses kawalan keselamatan yang ditetapkan
02:43termasuk penilaian imej oleh pemeriksa keselamatan, penggunaan kaedah pemeriksaan yang diluluskan,
02:50tindakan pemeriksaan lanjut daripada apabila diperlukan serta pematuhan kepada program keselamatan yang diluluskan.
02:57Seterusnya, barangan berbahaya, yang di-dangerous good, merangkumi pelbagai kelas bahan seperti bahan letupan, gas secair, mudah terbakar, bahan toksik
03:06dan mengakis
03:07serta bahan lain yang boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan, kesehatan, harta benda atau alam sekitar.
03:23Dalam hubungan ini, aspek keselamatan penerbangan turut perlu dilihat bersama keperluan pengangkutan dangerous goods
03:30yang ditetapkan di bawah karangka kawal selia pengangkutan barangan berbahaya melalui udara.
03:35Langkah kawal selia bagi menangani risiko dangerous goods juga merangkumi pencegahan penghantaran dangerous goods
03:43yang tidak diistiharkan atau diistiharkan secara tidak tepat.
03:48Pihak berkuasa keselamatan penerbangan awam telah mengeluarkan panduan berkaitan dengan izin undeclate or misdeclate dangerous goods in cargo
03:57serta langkah pengukuhan keselamatan rentaian bekalan.
04:00Di samping itu pula, cargo berbahaya adalah sebagaimana yang diklasifikasikan
04:08di bawah International Maritime Dangerous Goods, IMDG Code.
04:13Pihak berkuasa pelabuhan persekutuan PBPP melalui undang-undang kecil telah memandatkan
04:19pengekspor, pengimport dan box operator cargo transshipment membuat pengikraran cargo berbahaya
04:26kepada PBPP sebelum pengendalian kenderaan di pelabuhan.
04:32Bagi memastikan keputusan pemeriksaan tidak bergantung kepada teknologi AI semata-mata,
04:39pendekatan yang sewajarnya adalah melalui gabungan teknologi, pemeriksaan manusia dan kawalan keselamatan berlapis
04:45termasuk, satu, memastikan pemeriksa keselamatan yang mengandilikan proses pemeriksaan
04:52mempunyai kompetensi dan pensijilan yang ditetapkan.
04:55Kedua, melaksanakan pemeriksaan lanjut terhadap imej atau cargo yang menghasilkan amaran,
05:01imej meragukan atau keadaan yang memerlukan pengesahan.
05:04Ketiga, memastikan cargo yang telah menjalani pemeriksaan dilindungi daripada gangguan tanpa kebenaran.
05:10Dan keempat, melaksanakan kawalan mutu, pementauan prestasi peralatan serta penilaian risiko secara berterusan
05:19bagi memastikan keberkesanan keseluruhan sistem keselamatan cargo.
05:24Dalam konteks ini, AI boleh membantu meningkatkan keupayaan pemeriksa dalam mengenalpasti anomali
05:30atau objek yang memerlukan perhatian lanjut.
05:33Namun, keputusan pemeriksaan dan tindakan susulan hendaklah kekal tertakluk kepada prosedur keselamatan
05:39yang diluluskan oleh pengesahan oleh personel yang berkelayakan.
05:44Kerjaan akan terus menilai kesesuaian dan keberkesanan teknologi pemeriksaan
05:49yang digunakan berdasarkan perkembangan teknologi, tahap ancaman, penilaian risiko
05:54serta keperluan keselamatan rantaian pekerjaan semasa.
05:57Terima kasih.