00:00Presiden Rusia Vladimir Putin tidak pernah menolak sebarang rundingan dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky.
00:06Pembantu dasar luar Kremlin Yuri Ushakov berkata putih kekal terbuka untuk berkomunikasi secara langsung dengan Zelensky dan akan menjawab sekiranya
00:14menerima panggilan daripada pemimpin Ukraine itu.
00:19Menurutnya Putin tidak pernah sekalipun menolak rundingan sejak konflik antara kedua-dua negara tercetus.
00:25Ushakov terus berkata Zelensky dialu-alukan untuk datang ke Moskow bagi mengadakan perbincangan secara langsung dengan Putin.
00:33Katanya pihak Ukraine telah menyampaikan hasrat untuk berunding melalui pelbagai saluran dan Rusia bersedia menerima langkah tersebut.
00:41Mengulas mengenai usaha mencari penyelesaian konflik, Ushakov berpandangan rundingan awal perlu membabitkan Rusia, Ukraine dan AS dalam format tiga pihak.
00:50Jelasnya wakil dari negara-negara Eropah boleh menyertai proses berkenaan pada peringkat kemudian.
00:58Beliau menegaskan bahawa rundingan awal yang berkesan memerlukan penglibatan tiga pihak tersebut bagi memudahkan usaha mencari penyelesaian terhadap konflik yang
01:06berlarutan.
01:07Terima kasih kerana menonton!