00:00Pakatan Harapan Melaka mahu projek monorail Melaka yang menelan belanja kira-kira 16.5 juta ringgit dinilai semula sama ada
00:08wajar dipulihkan atau ditamatkan terus.
00:11Penilaian itu perlu mengambil kira aspek keselamatan struktur sedia ada dan juga potensi kemasukan pelaburan yang baru.
00:20Pengurusi PH Melaka Adli Zahari berkata projek terbengkalai tidak boleh terus dibiarkan tanpa penyelesaian kerana boleh menjejaskan imej pelancongan negeri.
00:30Menurutnya sebarang usaha menghidupkan semula monorail Melaka perlu didahului dengan penilaian keselamatan memandangkan projek itu sudah lama tidak beroperasi.
00:38Pada masa akan datang harus ada hal tuju yang jelas dan kita Pakatan Harapan macam saya sebutkan tadi, kita akan
00:45menilai dalam dua aspek.
00:46Pertama adalah dari segi peluang untuk dia ditambah baik membuka kepada pelaburan daripada pihak luar.
00:56Ataupun kalau strukturnya secara asasnya tidak boleh digunakan lagi dan dia ada aspek-aspek keselamatan,
01:04maka kita tak ada pilihan melainkan kita kena tamatkan apa yang telah kita ada.
01:11kerana kita tahu bahawa kawasan-kawasan itu juga penting kerana sebahagian kawasan-kawasan itu memang mengganggu kita punya aspek pelancongan
01:20kita kerana projek itu berada betul-betul di pusat pelancongan negeri Melaka.
01:29Adli turut membangkitkan projek Arab City di Pulau Melaka yang masih memerlukan penjelasan mengenai kedudukan aset dan hala tuju pemulihannya.
01:37Beliau berkata demikian pada sidang media di bilik gerakan utama PH di Aikero pada Isnin.
01:42Untuk rekod monorail Melaka mula beroperasi pada 2010 sebelum berdepan beberapa gangguan teknikal dan terhenti sekali lagi pada 2020.
01:51Pada 2024, kerajaan negeri pernah mencarangkan trek monorail itu ditukar kepada laluan perjalan kaki.