00:00Presiden Iran Masud Pezishkem menegaskan pertabirannya akan berusaha menyelesaikan masalah yang dicetuskan oleh pihak yang disifatkan sebagai musuh negara itu
00:08menerusi pendekatan dialog.
00:10Menurut pejabat Presiden Iran, kenyataan Presiden Iran Masud ini dibuat ketika berucap dalam pertemuan bersama Gabenor dan Datuk Bandar di
00:17Teheran pada Isnin.
00:20Beliau mengalumkan pemimpin tertinggi Iran, Mojtabah Khamene telah memberikan beberapa kuasa tertentu kepada kerajaan bagi membolehkan penyelesaian diplomatik diusahakan.
00:29Masud turut menegaskan tiada pihak mendapat manfaat daripada peperangan namun Iran tidak akan tunduk kepada tekanan musuhnya.
00:36Dalam perkembangan berkaitan, juru cakap Kementerian Luar Iran Ismail Bagai mengesahkan rundingan antara Teheran dan Washington masih berlangsung.
00:43Beliau berkata lawatan timbalan Menteri Luar bagi Halewal Undang-Undang dan Antara Bangsa Iran Kazim Garibabadi ke Doha baru-baru
00:50ini bertujuan bertukar maklumat dengan Amerika Syarikat.
00:52Ismail turut mengesahkan Speaker Parlimen Iran Mohd Bagai Ghalibaf kekal mengetuai pasukan rundingan negara itu manakala Majlis Keselamatan Negara Tertinggi
01:01Iran bertanggungjawab menyelaraskan agenda diplomatik.
01:04Menurutnya, Teheran sudah menyampaikan semua tuntutan sahnya kepada Washington secara menasabah dan pemenuhan tuntutan itu menjadi prasyarat bagi memulihkan keselamatan
01:13serantau.
01:14Beliau menegaskan Amerika Syarikat perlu menghentikan tindakan yang dianggap menyalahi undang-undang sambil memberi amaran Iran tidak akan meneruskan rundingan
01:21ke fasa seterusnya selagi berdepan ancaman dan tekanan Washington.