Skip to playerSkip to main content
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) tidak mempunyai pusat tahanan khusus, sebaliknya hanya menyediakan lokap bagi menempatkan individu yang disyaki melakukan kesalahan sementara proses siasatan dijalankan kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Individu berkenaan akan ditempatkan di lokap bagi tujuan reman sebelum diserahkan kepada Jabatan Penjara Malaysia atau Jabatan Imigresen Malaysia selepas hukuman dijatuhkan, untuk menjalani hukuman atau ditempatkan di pusat tahanan berkaitan.

Dalam pada itu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh kerjasama dengan pelbagai agensi di bawah kementerian itu bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat

Category

🗞
News
Transcript
00:00Untuk peralaman, berkaitan dengan pusat tahanan, setakat ini APMM tidak mempunyai pusat tahanan.
00:09Tapi APMM mempunyai lokab tahanan untuk menempatkan orang yang disyaki dalam proses reman untuk tujuan siasatan saja.
00:21Selepas hukuman jatuhkan, OYDS ini akan diserah kepada penjara dan emigration untuk ditempatkan di pusat tahanan.
00:34Apapun kerajaan, khususnya KDN, ia bertindak juga secara kolaborasi dengan pelbagai agensi di bawah KDN.
00:43Untuk mempastikan keselamatan perairan negara kekal.

Recommended