00:00Sementara itu, calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri Tabuh Naning, Aju Sahat,
00:06bercadang mewujudkan hub pengumpulan industri kecil dan sederhana,
00:09khususnya bagi membantu usahawan wanita serta ibu tunggal.
00:13Beliau berkata hub berkenaan berpotensi menjadi pusat pengumpulan dan pemasaran produk tempatan.
00:18Ini sekaligus mewujudkan tarikan baru kepada kawasan Simpang 4 dan Tabuh Naning.
00:23Saya pernah fikir satu idea untuk buat satu hub, satu tempat pengumpulan.
00:30industri-industri kecil, khususnya kepada wanita, kepada ibu tunggal, kepada golongan-golongan itulah kita utamakan.
00:41Bila semua kita ada satu hub, satu bangunan yang besar untuk mengumpulkan dan kita marketkan,
00:48insyaAllah mungkin lebih menjadi tarikan kepada Simpang 4 ataupun Tabuh Naning itu sendiri.
00:54Menjadi yang pun cakap mercu juga, insyaAllah.
00:56Selain memperkasa IKS, Aju mahu memberi tumpuan kepada pembangunan industri di Tabuh Naning,
01:03terutama di kawasan sekitar pintu keluar tol Simpang 4.
01:06Pembangunan itu boleh merangkumi sektor perkilangan, pertanian atau hub logistik
01:11bergantung kepada potensi kawasan serta kesesuaian industri.
01:16Menurutnya, pembangunan hub logistik berpotensi menyediakan peluang pekerjaan,
01:20susunan perkembangan pesat perniagaan dalam talian dan keperluan syarikat e-dagang terhadap kemudahan berkenaan.
01:26Selain pembangunan ekonomi, Aju turut mahu mengangkat warisan kawasan itu sebagai satu lagi tarikan pelancongan
01:33termasuk sejarah perjuangan pahlawan tempatan dan makam Dol Said.
01:37Walaupun pertama kali bertanding, Aju bersedia meletakkan keyakinan
01:41memenangi kerusi Don Tabuh Naning pada pilihan raya negeri 14 November ini.