00:00Kerajaan Negeri Selangor menerusi jawatan kuasa pengurusan bencana negeri JPBN
00:04menggerakkan 7,677 anggota daripada pelbagai agensi.
00:09Langkah itu bagi memastikan tahap kesiapsiagaan optimum
00:12dalam menghadapi monsoon timur laut MTL yang dijangka berterusan hingga Mac 2027.
00:21Ex-Ko Kesehatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin
00:25menerusi satu kenataan pada Rabu memaklumkan
00:28langkah itu melibatkan unit pengurusan bencana negeri UPBN
00:31pihak berkuasa tempatan PBT, pejabat daerah serta agensi berkaitan
00:36bagi memastikan penyelarasan operasi dan pemantauan kawasan berisiko
00:40dapat dilaksanakan dengan pantas.
00:43Katanya penyelarasan operasi, pemantauan kawasan berisiko dan kesiapsiagaan aset
00:48perlu dipastikan berada pada tahap optimum
00:51bagi membolehkan tindakan segera diambil sepanjang tempoh monsoon ini.
00:55Beliau berkata kesiapsiagaan operasi turut disokong oleh 708 kenderaan darat,
01:01247 aset pengangkutan air serta pelbagai peralatan
01:05termasuk kemah, jaket keselamatan, pump air, jet air, gergaji rantai dan drone.
01:12Bagi memantau risiko banjir, GPS Lango memastikan pemantauan hidrologi dilaksanakan
01:18menerusi 221 stesen telemetri hujan, 124 stesen telemetri aras air,
01:25140 siren amaran dan 72 kamera IP.
01:30Infrastruktur pengurusan aliran air juga diperkukuh
01:33dengan penyediaan 353 pintu air, 161 unit pump tetap
01:38serta 150 unit pump bergerak
01:41disokong pasukan teknikal bahagian pengurusan mekanikal dan elektrikal.
01:46Dalam bari itu, sebanyak 1,161 pusat pemindahan sementara PPS
01:50dikenalpasti untuk menempatkan mangsa bencana
01:53merangkumi 696 sekolah seliaan Kementerian Pendidikan,
01:57242 Dewan Awam, 135 Balai Raya serta sekolah bukan seliaan KPM,
02:04Masjid, Surau dan Pusat Komuniti.
02:07Jamaliah berkata semua agensi diminta memastikan
02:10PPS berada dalam keadaan selamat, dilengkapi kemudahan asas
02:14dan mempunyai bekalan makanan mencukupi
02:16selain menjaga kebajikan golongan rentan.