00:00Orang kenamaan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri antara 864 majikan berprofil tinggi dikesan belum mendaftarkan pekerja domestik atau
00:11membayar caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial Perkeso.
00:15Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan berkata majikan yang belum membayar caruman diberi tempoh sehingga 7 Disember untuk menjelaskan
00:24bayaran sebelum tindakan diambil.
00:28Menurutnya golongan berprofil tinggi itu sebahagian daripada lebih 10,000 majikan pekerja domestik yang dikesan tidak patuh menerusi semakan pekeso
00:37setakat 1 November 2026.
00:40Setakat ini ada 10,033 majikan yang dikenal pasti belum lagi menunaikan kewajipan untuk mendaftar dan membayar caruman untuk pekerja
00:52-pekerja mereka, pekerja domestik.
00:56Ada antaranya VVIP. VVIP pun tak bayar. Ahli politik pun ada yang tak bayar. Ada yang memegang jawatan tinggi di
01:08sektor awam dan swasta pun tak bayar.
01:10Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis penyerahan faedah perkeso kepada waris mangsa banjir Nepal di Menara Perkeso, Kuala
01:19Lumpur pada Rabu.
01:20Semakan itu turut mendapati 26,669 majikan mempunyai rekod tunggakan caruman yang memerlukan tindakan susulan.
01:28Kita beri masa sampai 7 hari bulan Disember 2026. Kalau tak bayar, kita akan mengambil tindakan.
01:39Kita tak mahu memalukan siapa-siapa. Saya pun tak mahu paparkan nama mereka. Tolong cek sama ada dah bayar ke
01:46tak bayar.
01:47Kalau dah bayar, terima kasih. Kalau belum bayar, tolong bayar.
01:51Beliau turut mengarahkan perkeso memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan majikan menunaikan kewajiban mereka terhadap pekerja domestik.