Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengingatkan penjawat awam di negeri itu supaya mengelakkan proses kerja yang terlalu panjang atau lapisan pentadbiran yang boleh melambatkan pelaksanaan dasar serta projek pembangunan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tunopeng mengingatkan penjawat awam negeri supaya tidak membiarkan karenah birokrasi menjejaskan prestasi serta keberkesanan
00:10penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
00:13Tegasnya, keperluan untuk membudayakan pendekatan kerja yang lebih tangkas dengan penjawat awam perlu lebih proaktif dan berupaya membuat keputusan dalam
00:22melaksanakan tanggungjawab.
00:25Tambah Abang Johari, ini termasuk mengelakkan proses kerja yang terlalu panjang atau lapisan pentadbiran yang boleh melambatkan pelaksanaan dasar serta
00:34projek pembangunan.
00:54Do not allow unnecessary processes to stand in the way we deliver.
01:01Do not wait for problem to grow before taking action.
01:08Be a try, be decisive, be a driver.
01:12After all, we bring to the people.
01:17That is the step that we must set for ourselves to take the demands of our future.
01:24Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Hari Perkhidmatan Awam HPA 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching BCCK Kuching pada Rabu.
01:33Tegasnya, pendekatan itu penting bagi memastikan setiap perancangan kerajaan dapat diterjemahkan kepada hasil yang nyata,
01:41bukannya terhenti pada peringkat perancangan atau proses pentadbiran semata-mata.
01:45Lebih-lebih lagi ketika Sarawak sedang memperkiat usaha mencapai sasaran pelan strategi pembangunan pasca COVID-19 2030, PCDS 2030,
01:55yang menuntut keupayaan pelaksanaan dan penyampaian hasil secara berkesan.
Comments

Recommended