Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Malaysia akan terus menentukan keutamaan perbelanjaan pertahanannya berdasarkan kemampuan dan kepentingan negara, tanpa tunduk kepada desakan atau syor kuasa besar supaya peruntukan pertahanan negara dinaikkan sehingga lima peratus daripada Keluaran Negara Kasar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Malaysia akan terus menentukan keutamaan perbelanjaan pertahanan berdasarkan kemampuan kewangan dan kepentingan negara tanpa terikat dengan desakan ataupun syur kuasa
00:10besar supaya peruntukan pertahanan ditingkatkan sehingga 5% daripada keluaran negara kasar.
00:16Menteri Pertahanan Datuk Seri Muhammad Khalid Nordin berkata Malaysia bukan boneka mana-mana kuasa besar sebaliknya akan terus berpegang kepada
00:24dasar berkecuali serta doktrin pertahanan yang mengutamakan perlindungan kedaulatan negara dan bukannya untuk menyerang negara lain.
00:33Kita juga mengambil tindakan-tindakan dan langkah-langkah yang sesuai dan dalam kemampuan kita. Memang ada negara mengesyorkan kepada kita
00:42supaya naikkan perbelanjaan pertahanan kepada 5%.
00:465% daripada GNP. Tujuannya ialah supaya negara kuasa besar itu mahukan bila ada pertumbungan, konflik, perperangan, kita ke depan.
00:57Tapi kita ingin nyatakan bahawa kita bukan boneka mana-mana kuasa besar. Kita bebas, kita berkecuali. Kita belanja dan salurkan
01:07peruntukan itu mengikut kemampuan kita.
01:10Apatah lagi doktrin pertahanan kita ialah untuk mempertahankan negara bukan untuk menyerang negara.
01:15Jadi kalau kita lihat sebahagian negara itu mungkin dia beli peluru berpandu jaraknya 2,000 km, 3,000 km. Kita
01:24tidak perlukan itu kerana kita bukan nak serang negara lain.
01:28Kita hanya untuk mempertahan. Doktrin pertahanan kita ialah untuk mempertahankan negara kita.
01:34Beliau berkata demikian kepada soalan tambahan Ahli Parlimen Selayang William Leong J. Keen berhubung implikasi keselamatan dan ekonomi terhadap negara
01:44sesulan peningkatan perbelanjaan ketenderaan kuasa besar di rantau Asia Timur.
01:49Mengudah selanjut, Khalid berkata peningkatan belanjawan pertahanan oleh negara serantau merupakan hak masing-masing yang tidak boleh dicampuri atau dihalang
01:57Malaysia.
01:58Terima kasih.
01:58Terima kasih.

Recommended