00:00Kerajaan Kelantan menawarkan rumah mampu milik pada harga serendah RM70,000
00:05menerusi dasar rumah mampu milik Kelantan 2026 yang turut membuka peluang pemilikan kediaman kepada golongan bujang dalam kumpulan B40 dan
00:14M40.
00:16Dasar baharu itu menetapkan dua kategori rumah iaitu jenis A berharga antara RM70,000 hingga RM180,000
00:23manakala jenis B ditawarkan pada harga sehingga RM250,000.
00:30Pengerusi Jawatan Kuasa Kerajaan Tempatan Perumahan Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Hilmi Abdullah berkata
00:37kelayakan kini diperluas kepada golongan bujang dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM11,000 sebulan.
00:44Menurutnya, had harga maksimum RM250,000 ditetapkan bagi memastikan rumah kekal mampu dimiliki meskipun kos pembangunan dan bahan pinaan meningkat.
00:54Di bawah dasar itu juga, setiap pembangunan perumahan swasta diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya 20% unit rumah mampu milik.
01:03Langkah berkenaan bertujuan memperluas akses kepada perumahan berkualiti dan berpatutan untuk golongan berpendapatan rendah serta sederhana.
01:12Terima kasih telah menonton!
01:13Terima kasih telah menonton!