00:00Sabah menawarkan diri untuk menjadi hub tenaga nuklear pertama Malaysia bagi menangani peningkatan permintaan elektrik dan mengurangkan kebergantungan negeri itu
00:08terhadap gas asli serta diesel.
00:10Pegerusi Kelab Penyokong Kerajaan Sabah, Dato' Masyung Banah berkata negeri itu perlu bersedia menghadapi lonjakan permintaan tenaga menjelang tahun 2031
00:19ketika infrastruktur bekalan elektrik sedia ada masih berdepan pelbagai cabaran.
00:25Menurut beliau kebergantungan kepada gas asli dan diesel menjadikan sektor bekalan elektrik Sabah terdedah kepada ketidaktentuan pasaran tenaga global sekaligus
00:36menuntut kepelbagaian sumber tenaga.
00:38Beliau turut mencadangkan supaya Kerajaan Sabah dan Kerajaan Persekutuan bekerjasama merealisasikan inisiatif itu menerusi rundingan berlandaskan Perjanjian Malaysia 1963 atau
00:50MA63.
00:51Cadangan tersebut menyusul selepas kenyataan timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Fadila Yusof sebelum ini yang mengenalpasti Sabah dan Semenanjung Malaysia
01:00sebagai lokasi paling praktikal bagi pembinaan loji tenaga nuklear pada masa hadapan.
01:05Beliau turut mencadangkan pembangunan loji tenaga nuklear terapung sebagai alternatif kepada kemudahan konvensional di daratan.