00:00Tenaga Nasional Berhad memperuntukkan kira-kira RM43 bilion bagi pelaburan rangkaian di bawah tempoh kawal selia 4 bagi tempoh 2025
00:09hingga 2027 bagi memperkukuh bekalan elektrik negara dan menyokong integrasi tenaga boleh baharu.
00:16Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Seri Syamsul Ahmad berkata syarikat itu mempercepat pemodenan grid menerusi perancangan awal, pelaksanaan
00:26projek lebih pantas serta kerjasama strategik bagi memenuhi permintaan tenaga masa depan.
00:33Pelaburan tersebut termasuk pembangunan National Grid Backbone 500kV yang disasarkan siap menjelang tahun 2030 serta projek sistem penyimpanan tenaga bateri
00:44di Terengganu.
00:45National Grid Backbone yang mula dibangunkan pada Ogos lalu melibatkan sistem penghantaran sepanjang kira-kira 500km yang bakal menjadi rangkaian
00:54500kV terpanjang di Malaysia.
00:57Sementara itu, Bas Santong yang mula beroperasi pada April 2026 berkapasiti 100MW mampu membekalkan tenaga sehingga 4 jam bagi membantu
01:07mengurus bekalan elektrik serta menyokong integrasi tenaga boleh baharu.
01:11Di peringkat serantau, TNB turut menyokong pembangunan grid kuasa ASEAN menerusi projek integrasi kuasa Laut Thailand Malaysia-Singapura serta usaha
01:20mewujudkan sambungan elektrik kedua antara Malaysia dan Singapura menjelang 2030.