Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu mendapat sokongan sebulat suara dalam kalangan kepimpinan parti pada mesyuarat GPS Rabu lalu.
Transcript
00:00Gabungan Parti Sarawak GPS beri mandat penuh kepada pengerusinya Tan Sri Abang Johari Tunopeng
00:05untuk menentukan senerai calon yang akan mewakili gabungan itu pada pilihan raya negeri PRN Sarawak ke-13.
00:11Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumi Putra Bersatu PBB, Datuk Amar Douglas Ugah Embas berkata
00:17keputusan itu mendapat sokongan sebulan suara dalam kalangan kepimpinan parti pada mesyuarat GPS Rabu lalu.
00:25Menurut ugah, mandat sama turut diberikan oleh tiga lagi komponen parti GPS dalam mesyuarat terdahulu
00:31sekaligus memberi kuasa prerogatif kepada Abang Johari untuk membuat keputusan muktamad berhubung pemilihan calon.
00:55Semua setuju, semua menjokong kita, memberi mandat kepada yang berhubungan untuk membuat keputusan muktamad.
01:03Ugah yang juga pengarah operasi GPS bagi PRN-13 berkata, 13 jawatan kuasa telah ditubuhkan bagi menyelaraskan persiapan
01:11merangkumi aspek sekretariat, projek dan manifesto, perisikan, lawatan VIP, logistik dan udara, kewangan serta keselamatan dan perundangan.
01:22Jawatan kuasa berkenaan turut meliputi bidang-bidang persiapan lain bagi memastikan gerak kerja pilihan raya gabungan itu berjalan lancar.
01:30Dalam peritu, beliau memaklumkan konvensyen PBB Zon Selatan akan diadakan pada 15 November ini di Kuching.
01:37Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi parti PBB Sarawak kali keempat di Ibu Pejabat PBB di
01:45Kuching pada Rabu.

Recommended