00:00Berbaki 10 hari sebelum pengundian, persaingan di Melaka terus memperlihatkan pelbagai pendekatan parti dan calon untuk mendapatkan perhatian pengundi.
00:08Namun di sebalik perkembangan politik sepanjang hari Rabu, apakah yang sebenarnya menarik untuk diperhatikan?
00:14Kita bersama Watawan Estrawani, Seth Akmal untuk rangkuman kali ini.
00:21Baik, terima kasih. Masuk hari kelima kempen mula berubah rentak sebenarnya.
00:24Bukan lagi sekadar memperkenalkan calon atau menunjukkan kekuatan penyokong.
00:27Kini rekod pentadbiran, projek pembangunan dan janji pilihan raya mula menjadi bahan pembahasan.
00:31Dan pengundi pula masih ada 10 hari sebenarnya untuk menilai segala perkara yang dibentangkan sehingga kepada 14 November ini.
00:37Dan kita lihat sendiri di mana pengurusi Pakatan Harapan Melaka Ali Zahari mengingatkan setiap parti perlu menjawab persoalan mengenai rekod
00:43pentadbiran masing-masing.
00:44Malas malam, Ketua Menteri Datuk Seri Abdul Raf Yusof menjelaskan projek pembangunan negeri turut menentasi beberapa pentadbiran terdahulu
00:51dan walaupun ianya dua kenyataan yang berbeza tetapi menyentuh perkara yang sama iaitu tentang pembangunan.
00:56Jadi bagi pengundi ukurannya lebih mudah apa yang sudah siap, apa yang masih berjalan dan bila hasilnya boleh dirasai.
01:02Dan hari ini kita lihat juga timbul isu dawaan penggunaan premis dan aset kerajaan untuk berkempen
01:06di mana calon Barisan Nasional RIM Datuk Khair Dira Abu Zahar atau Dira turut menjawab laporan polis daripada pihak lawan.
01:13Ini memperlihatkan bukan sahaja tawaran calon diperhatikan tapi juga etika juga cara mereka berkempen antara perkara yang turut dilihat.
01:21Malah namun begitu laporan polis bukan bukti kesalahan, sebarang dawaan perlu disiasat sebenarnya.
01:26Dan calon muda seperti mana Farzana Hayani Muhammad Nasir daripada Pakatan Harapan turut mencuri perhatian
01:33bila yang bertanding di Kelebang berkata perbahasan mengenai usia dan pengalaman terus kedengaran
01:38tapi isu yang dibawa tetap bersama iaitu pekerjaan, ekonomi dan peluang anak muda.
01:42Persoalannya bukan sekadar usia calon tapi apa penyelesaian yang mampu ditawarkan.
01:46Jadi kalau kita lihat sendiri, di Sungai Udang, calon Barisan Nasional Dato' Rais Yassil menggabungkan
01:51kempen bersemuka dengan media sosial di RIM, calon Pakatan Harapan pula mengetengahkan isu bekalan air.
01:57Ini merupakan realiti kempen apabila setiap dun mempunyai masalah dan keutamaan tersendiri
02:01dan ada yang menilai pembangunan, ada yang menuntut kemudahan asas dan ada yang melihat kepada rekod penyandang.
02:07Jadi persaingan kini bukan hanya antar parti tetapi juga rekod lama dengan tawaran baru.
02:12Calon penyandang membawa pencapaian muka baru menawarkan pendekatan berbeza.
02:16Namun belum dapat dipastikan sejauh mana isu kempen mempengaruhi keputusan pengundi.
02:2010 hari berbaki, masih banyak ruang untuk parti memperincikan tawaran masing-masing.
02:25Baik, setiap calon mahu dilihat paling memahami masalah rakyat tetapi memahami masalah dan menyelesaikannya adalah dua perkara berbeza.
02:32Manifesto boleh dibentangkan, pencapaian boleh diceritakan.
02:34Namun pengundi sendiri yang tahu apa sebenarnya berlaku di kawasan mereka dan pada 24 November nanti
02:39mereka lah yang menentukan siapa mendapat mandat.
02:42Baik, itu sahaja yang dapat saya sampaikan di hadapan bangunan sejarah air Famosa ini.
02:46dan kembali kepada rakan setugas saya di Pusat Penyaran Asia Bukit Jalil.
02:50Terima kasih kerana menonton!