00:00Sebanyak 28 keluarga mangsa tragedi banjir di sempadan Nepal-Tibet pada 26 Ogos lalu layak menerima faedah pertubuhan keselamatan sosial
00:09perkeso.
00:10Menteri Sumber Manusia Dato' Sri A. Ramanan berkata, kelayakan itu ditentukan selepas perkeso menyemak rekod caruman 54 mangsa tragedi berkenaan.
00:21Menurutnya, susulan mesyuarat jemaah menteri lalu, Perdana Menteri mengarahkan unit penyelarasan pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri ICU JPM dan Menteri Keuangan
00:30II, Dato' Sri Amir Hamzah Azizan, supaya menyelaras bantuan kepada mangsa.
00:35Memang bantuan itu sedang diuruskan oleh ICU, tetapi bawah perkeso, hari ini kita akan berikan bantuan kepada 28 mangsa yang
00:49layak yang hadir pada hari ini, yang ada di sini adalah 16 waris dan kita akan berikan sebanyak 174 ribu
01:00hari ini sahaja.
01:01Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis penyerahan faedah perkeso kepada mangsa bencana banjir Nepal di Menara Perkeso, Kuala
01:09Lumpur pada Rabu.
01:11Waris yang layak menerima RM3,000 sebagai bantuan keuangan segera, turut layak menerima pencin penakat di bawah skim keilatan sebaik
01:18dokumen berkaitan dilengkapkan.
01:21Dalam pada itu, katanya perkeso akan membantu keluarga mangsa yang tiada rekod caruman mendapatkan bantuan menerusi rakan strategiknya.
01:29Bagi mangsa yang tidak mempunyai rekod caruman perkeso, jangan rasa anda dilupakan.
01:34Kami tetap prihatin dan mengambil berat tentang nasib keluarga anda.
01:39Melalui program Social Synergy, perkeso akan membantu menghubungkan keluarga yang terjejas dengan 990 rakan strategik,
01:49termasuk 130 agensi di seluruh negara bagi mengenal pasti bantuan yang lain yang bersesuaian untuk membantu meringankan beban mereka.
02:00Beliau turut menyeru waris yang belum dihubungi supaya tampil ke pejabat perkeso berhampiran untuk mendapatkan bantuan lanjut.
02:07Terima kasih telah menonton!