Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Nahas tren berkelajuan tinggi di wilayah Toledo yang mengorbankan 69 nyawa bukan sahaja mencetuskan siasatan, malah membawa kepada peletakan jawatan Menteri Pengangkutan Sepanyol, Oscar Puente, yang kini digantikan sementara oleh Carlos Cuerpo.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Timbalan Perdana Menteri Pertama Sepanyol Carlos Querpo akan mengambil alih sementara jawatan Menteri Pengangkutan susulan nahas tren berkelajuan tinggi minggu
00:08lepas yang meragut 69 nyawa.
00:11Bercakap di kediaman rasminya, La Moncloa, Perdana Menteri Pedro Sanchez berkata,
00:16bila telah memaklumkan keputusan itu kepada Ketua Negara dan pelantikan berkenaan akan dimutamatkan menerusi dekri diraja yang dijadwal diterbitkan pada
00:25pagi Rabu.
00:30Lapor Agensi Anadolu, Sanchez turut berkata beliau menerima pelatakan jawatan bekas Menteri Pengangkutan Oscar Puente sambil menyifatkan keputusan itu didorong
00:41rasa empati terhadap mangsa, ketuguhan prinsip serta maruah politik.
00:46Perdana Menteri itu berikrar untuk terus membantu mereka yang terjejas akibat nahas tersebut serta memulihkan operasi di rangkaian tren berkelajuan
00:54tinggi negara itu.
00:56Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap keupayaan Querpo untuk meneruskan pembaharuan yang diperkenalkan Puente.
01:03Puente mengumumkan pelatakan jawatannya pada selasa sesudahan pelanggaran tren pada 28 Oktober di wilayah Toledo yang mengorbankan 69 nyawa dan
01:13mencederakan kira-kira 200 lain.
01:16Nahas itu berlaku apabila sebuah tren berkelajuan tinggi Renfec merempur bahagian belakang tren Irio yang sedang berhenti.
01:24Pada Januari, satu lagi nahas di laluan tren berkelajuan tinggi Madrid-Seville meragut 46 nyawa.
01:31Puente turut mengesahkan beliau tidak akan mengetuai senarai calon parti sosialis di Valladolid bagi pilihan rakyat umum pada 29 November.

Recommended