00:00Hasrat menjadikan kampung paya dalam di Air Molek sebagai pusat warisan dan kebudayaan Jawa masih berdepan kekangan peruntukan.
00:08Walaupun kerajaan negeri telah menyediakan RM300,000 bagi menaik taraf sebuah rumah tradisional Jawa, jumlah itu belum mencukupi untuk melaksanakan
00:18keseluruhan perancangan penduduk.
00:20Pengerusi JPKK Kampung Paya Dalam, Umros Mariman berkata permohonan asal sebanyak RM1.3 juta dibuat bagi menambah baik kemudahan warisan
00:30di kampung berkenaan.
00:33Buat masa ini, kerja menaik taraf rumah lama untuk dijadikan Galeri Jawa sedang dilaksanakan dengan fasa pertama disasarkan siap Disember
00:41ini.
00:42Kerajaan negeri ada memperuntukkan sebanyak RM300,000 untuk menambahbaikan rumah sedia ada.
00:48Rumah lama ditambah naik taraf dijadikan satu Galeri Rumah Jawa untuk jaga masa pendek.
00:54Jadi kita cuba membuat apa yang kita mampu, cumanya peruntukan itu sebenarnya tak mencukupi untuk kita tambahbaikan rumah.
01:04Banyak rumah itu yang perlu ditambahbaikan kalau permohonan yang asalnya RM1.3 juta tapi permohonan dapat RM300,000 saja.
01:13Dalam perancangan jangka panjang, penduduk mahu sebuah kompleks budaya Jawa dibangunkan bagi menghimpunkan pelbagai kegiatan kesenian dan warisan di satu
01:21lokasi rumah asal.
01:22Antara yang dihasratkan termasuk seni bina tradisional joglo, persembahan kuda kepang serta kemudahan untuk memperkenalkan makanan dan budaya Jawa.
01:30Sebuah pintu gerbang beridentitikan Jawa yang dikenali sebagai Gapura turut dirancang sebuah mercu tanda kampung berkenaan.
01:39InsyaAllah dalam masa bulan 12, ya Allah akan siap.
01:41Bajar ini maknanya bajar kata lah ni?
01:44Ini settle untuk pintu gerbang tapi kita ada lagi berapa struktur yang asalnya kita mohon bangunan ni, bumbung ni dibina
01:53dalam bentuk Jawa ataupun dipanggil pendopor Jawa.
01:57pendopor Joglo tu adalah satu identiti Jawa. Kita ada satu kedai di depan, ada satu bentuk bumbung Jawa.
02:06Sementara menunggu perancangan itu direalisasikan, penduduk sudah menggerakkan program kebudayaan bersama institusi pengajian tinggi dari Indonesia.
02:14Tambahnya sebuah kedai makanan Jawa juga telah diwujudkan sebagai antara tarikan awal kepada pengunjung.
02:20Beliau berkata demikian semasa wawancara bersama extra awal ni pada selasa lalu.
02:26Terima kasih kerana menonton!