00:00Pengusaha rumah sembelihan digalakkan memohon sijil pengesahan halal Malaysia SPHM
00:05bagi memperkukuh kawalan operasi dan meningkatkan keyakinan pengguna.
00:10Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Dr. Zulkifli Hassan,
00:14pensijilan itu turut memudahkan penjejakan di jejak serta membantu restoran, pasaraya dan peniaga memilih sumber yang telah disahkan.
00:22Beliau menjelaskan walaupun pensijilan halal bersifat sukarela,
00:27prosesnya melibatkan penilaian dokumen dan pemeriksaan lapangan terhadap sumber bekalan, penyembelihan, pengendalian serta kebersihan.
00:34Pemegang sijil juga tertakluk kepada pemantauan dan tindakan pensijilan sekiranya berlaku ketidakpatuhan.
00:41Zulkifli menegaskan ketiadaan SPHM tidak dengan sendirinya membuktikan sesuatu sembelihan tidak halal
00:48tetapi premis berkenaan belum memperolehi pengesahan melalui sistem pensijilan itu.
00:52Beliau turut mengingatkan bahawa lesen operasi tidak boleh disamakan dengan pensijilan halal
00:58manakala dawaan tular perlu dibezakan daripada hasil sesatan yang disahkan.
01:03Pengguna disarankan mengutamakan sumber bekalan yang dipersijilkan halal dan menyemak statusnya melalui portal halal Malaysia.
01:10Kenyataan itu menyusul pemeriksaan beliau bersama pasukan pemantauan halal Jakim
01:14di sebuah rumah sembelihan pemegang SPHM di Petaling Jaya pada Rabu malam.