00:00Bank of England, BOE, menaikkan kadar faedah asas sebanyak 0.25 mata peratusan kepada 4% daripada 3.75%
00:10yang merupakan kenaikan pertama dalam tempoh lebih 3 tahun ketika bank pusat itu berusaha mengekang tekanan inflasi.
00:16Keputusan itu dibuat susulan kebimbangan terhadap kesan kenaikan harga tenaga berpunca daripada konflik di Asia Barat
00:23yang dijangka terus memberi tekanan kepada kos sara hidup dan aktiviti ekonomi.
00:30Gabiner BOE, Andrew Bailey berkata, kenaikan kadar faedah itu tidak semestinya menandakan bermulanya siri kenaikan yang panjang
00:38namun tidak menolak kemungkinan kenaikan selanjutnya tetap wujud.
00:42Langkah yang diumumkan pada Khamis itu menandakan permulaan dasar pengetatan moneteri oleh Bank Pusat Britain.
00:49Ia seiring tindakan yang diambil Rizal Persekutuan AS Fed, Bank Pusat Eropah ECB dan beberapa bank pusat utama lain
00:57bagi mengekang tekanan inflasi.
00:59Sebelum ini, BOE mengambil pendekatan lebih berhati-hati berbanding Fed dan ECB
01:04yang menaikkan kadar faedah, susulan tekanan inflasi yang tercetus akibat konflik di Asia Barat.
01:11Tambahnya, perkembangan harga minyak semasa tetap mempunyai pengaruh terhadap unjuran inflasi negara itu dalam tempoh akan datang.
01:18Kenaikan kadar faedah berpotensi meningkatkan kos pinjaman bagi perniagaan dan pemilik rumah
01:23namun BOE menegaskan langkah tersebut perlu bagi memastikan inflasi dapat dikawal
01:29dalam tempoh sederhana.
Comments