Skip to playerSkip to main content
  • 2 minutes ago
China dan Amerika Syarikat disaran memperkukuhkan perdagangan produk pertanian antara kedua-dua negara melalui pengurangan tarif secara bersama serta pengurangan halangan perdagangan lain bagi mewujudkan persekitaran dagangan yang lebih kondusif.

Category

🗞
News
Transcript
00:00China dan Amerika Syarikat disaran memperkukuhkan perdagangan produk pertanian antara kedua-dua negara melalui pengurangan tarif secara bersama
00:08serta pengurangan halangan perdagangan lain bagi mewujudkan persekitaran dagangan yang lebih kondisif.
00:14Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Huang Ling berkata,
00:18perdagangan pertanian merupakan komponen penting dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala
00:23selain mampu membawa manfaat kepada perniagaan, petani dan pengguna di kedua-dua negara.
00:31Menurutnya, peluasan kerjasama dalam sektor pertanian bukan sahaja dapat memperkayakan pilihan makanan rakyat di China dan Amerika,
00:38malah membantu menjana pendapatan lebih stabil kepada syarikat serta petani.
00:43Pada September, kedua-dua negara mencapai persetujuan mengurangkan tarif secara timbal balik ke atas barangan import bernilai kira-kira $30
00:50bilion Amerika.
00:52Kementerian Perdagangan China memaklumkan Amerika akan mengurangkan tarif ke atas pelbagai produk import dari China,
00:57termasuk peralatan rumah dan produk bayi.
01:00Sebagai balasan, China akan menurunkan tarif terhadap beberapa produk import dari Amerika,
01:05termasuk barangan pertanian, produk penjagaan diri, peranti perubatan dan arang batu.
01:10Huang berkata, China sentiasa terbuka memperluaskan import produk pertanian dari Amerika,
01:15namun pelaksanaan perjanjian pengurangan tarif yang dipersetujui kedua-dua pihak perlu dilaksanakan terlebih dahulu.
01:21Perkembangan itu dilihat sebagai langkah positif dalam usaha memperkukuhkan hubungan ekonomi
01:26antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia dan memberi manfaat kepada sektor pertanian di kedua-dua negara.

Recommended