Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:11Dato' Seri Najib Razak melunaskan denda RM50 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
00:16namun pelaksanaan tahanan rumah bekas Perdana Menteri itu ditangguhkan oleh Jabatan Peguam Negara.
00:23Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan 5 sebatan oleh Mahkamah Session Kuala Lumpur
00:29selepas mengaku bersalah melakukan sumbang mahram dengan anak kandungnya sehingga melahirkan anak 6 tahun lepas.
00:39Bank Negara Malaysia BNM memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipu yang menyama sebagai bank pusat itu
00:44melalui laman web palsu dan aplikasi berbahaya untuk mencuri maklumat pribadi serta perbankan.
00:52Seruhan jaya pilihan raya SPR menetapkan 12 Disember sebagai hari pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-13.
01:01Barisan Nasional dan Perikatan Nasional menawarkan 20 komitmen utama
01:04berangkumi 113 inisiatif kepada rakyat Melaka bagi tempoh 5 tahun akan datang.
01:11Polis menahan tiga lagi suspek bagi membantu siasatan kes lelaki maut ditetap dengan parang di Teluk Intan, Perak.
01:20Gardia Eisenkot menerima sokongan parti yang mewakili 67 ahli parlimen untuk membentuk kerajaan Israel
01:26berbanding 46 yang menyokong Benjamin Netanyahu.
01:32Di Amerika Syarikat calon Demokrat Ming, Troy Jackson berjaya menewaskan penyandang daripada parti Republikan
01:39Sineta Susan Collins, satu kemenangan besar buat parti Demokrat.
01:44Dua pegawai tentera Mesir terbunuh ketika operasi memban teras pelombongan emas haram
01:49di sepanjang sempadan selatan negara itu dengan Sudan.
01:53Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan, UNIFIL
01:57akan mula berundur dari negara itu selepas mandatnya tamat pada 31 Disember ini.

Recommended