00:00Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan, Unifil akan mula berundur dari negara itu selepas mandatnya tamat pada 31
00:09Disember ini. Ia selaras dengan Resolusi 2790 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, PBB.
00:20Unifil dalam satu hantaran di platform Media Sosial X memaklumkan pihaknya akan meneruskan operasi harian di seluruh selatan Lubnan, termasuk
00:27memantau dan melaporkan perkembangan semasa, menyokong Angkatan Tentera Lubnan serta memudahkan pelaksanaan misi kemanusiaan sehingga mandatnya berakhir.
00:36Menurut Unifil, Majlis Keselamatan PBB sedang mempertimbangkan pengaturan bagi tempoh selepas pengunduran pasukan itu.
00:43Pengumuman berkenaan dibuat ketika Presiden Lubnan Joseph Aoun, Perdana Menteri Nawaf Salam dan beberapa pegawai lain menggesa masyarakat terbangsa mengekalkan
00:51kehadiran Unifil kerana bimbang pengundurannya akan mewujudkan kekosongan keselamatan di selatan Lubnan.
00:57Unifil telah beroperasi di selatan Lubnan sejak 1978 dengan mandatnya dilanjutkan buat kali terakhir sehingga 31 Disember ini menerusi Resolusi
01:072790 yang diterima pakai pada Ogos 2025.