00:00Pasukan pembelaan Datuk Seri Najib Razak membantah sekeras-kerasnya kenyataan Jabatan Peguam Negara AGC yang mendakwa perintah tahanan di rumah
00:09bagi bekas peranan menteri itu ditangguhkan buat sementara waktu.
00:13Firma Guaman Tetuan Syafi'i Enko menegaskan tindakan berkenaan tidak sah di sisi undang-undang memandangkan segala syarat pengampunan diraja
00:24telah dipenuhi sepenuhnya selain kediaman persendirian anak guam mereka di Jalan Langgak Duta telah pun diwartakan sebagai sebuah penjara oleh
00:33kerajaan pada hari yang sama.
00:37Menerusi satu kenyataan media bersama salinan wartakerajaan persekutuan, Peguam menjelaskan yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 18 September lalu
00:45telah menitahkan agar Najib menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah tertakluk kepada pembayaran denda RM50 juta.
00:53Jelas kenyataan itu pada 6 November 2026, Jumaat, denda tersebut telah dijelaskan sepenuhnya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
01:01Mahkamah Tinggi kemudian telah mengeluarkan perintah bermeterai kepada pegawai yang menjaga penjara kajang yang memberi kuasa agar anak guam dilepaskan
01:10dengan serta mertak.
01:11Pihak pembelaan menedahkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasirutan Ismail di bawah Seksyen 3 Akta Penjara 1995 telah mengisytiharkan
01:20bangunan di No.11 Jalan Langgak Duta Taman Duta sebagai suatu penjara bagi maksud penahanan orang dalam jagaan sah.
01:28Warta terbabit diterbitkan EGC sendiri pada tarikh yang sama kenyataan media penangguhan itu dikeluarkan.
01:36Pihak pembelaan turut menjelak EGC dengan menyifatkan penangguhan menerusi kenyataan media sebagai tindakan eksekutif yang melampaui batas atau eksekutif overreach
01:46dan satu bentuk penghinaan terhadap prerogatif pengampunan Seri Paduka Baginda di bawah perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
01:55Peguam negara juga diingatkan agar tidak membangkitkan isu tafsiran pada saat akhir memandangkan beliau hadir dalam mesyuarat lembaga pengampunan pada
02:03September lalu dan tidak pernah mengemukakan sebarang sekatan tafsiran selama tujuh minggu sebelum denda dilunaskan.
02:12Sekiranya EGC mempunyai sebarang keraguan perundangan berhubung perintah bermeterai mahkamah tinggi, pihak pendawaan digesa memfailkan permohonan rasmi di mahkamah dan
02:24bukannya terus menahan anak guam mereka di penjara kajang.
02:27Terima kasih telah menonton!