Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Perdana Menteri menggesa rakyat terus memperkukuh perpaduan, saling menghormati dan menyemai nilai ihsan sempena Deepavali. Beliau berharap perayaan itu membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian kepada masyarakat majmuk negara.
Transcript
00:00Sambutan Dipar Vali perlu dijadikan wadah untuk memperirat perpaduan, merapatkan jurang antara kaum serta menyemai nilai ihsan dan keprihatinan terhadap
00:09golongan yang memerlukan.
00:10Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dalam masyarakat majmuk yang berteraskan keperbagaian budaya dan tradisi, nilai saling menghormati, memahami
00:19dan menerima perbezaan perlu terus diperkukuhkan.
00:22Beliau mengharapkan Dipar Vali kali ini menyuntik semangat baharu untuk membina pemikiran yang lebih terbuka, murni dan progresif sekaligus mengangkat
00:30maritabat rakyat serta memperkukuh keharmonian negara.
00:34Anwar turut mengucapkan selamat menyambut hari Dipar Vali kepada seluruh masyarakat yang meraihkannya serta berharap perayaan itu membawa kebahagiaan, kedamaian
00:42dan kesejahteraan.
00:43Jelasnya, Dipar Vali hadir membawa sinar kegembiraan, menyemarakkan semangat pesta cahaya yang melambangkan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan, kebaikan menundukkan keburukan
00:53serta ilmu membebaskan manusia daripada berlenggu kejahilan dan keangkuhan.

Recommended