Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Sembilan jajahan di Kelantan diramal berdepan risiko banjir sehingga 11 November susulan amaran hujan berterusan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Di mana sembilan jajahan di Kelantan diramal berisiko dilanda banjir bermula hari ini hingga 11 November,
00:06susulan amaran hujan berterusan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, MedMalaysia.
00:12Menurut Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara, PRABN, di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran JPS,
00:17jajahan terlibat ialah Kota Baru, Tumpat, Bacok, Macang, Pasir Mas, Pasir Putih, Tanah Merah, Kuala Kerai dan Jeli.
00:25Katanya ramalan itu dikeluarkan berdasarkan amaran hujan berterusan tak waspada.
00:30yang dikeluarkan oleh MedMalaysia antara kawasan yang dijangka terjejas termasuk lembangan Sungai Kelantan, Sungai Golok, Sungai Kemasin dan Sungai Semerak.
00:38Di Tumpat, kawasan berisiko melibatkan Sungai Golok, Sungai Pengkalan Angka, Sungai Mentua dan Sungai Kelaburan.
00:44Manakala di Kuala Kerai, kawasan yang dijangka terjejas termasuk Sungai Lebih dan Sungai Galas.
00:50PRABN terutam mengingatkan bahawa kejadian banjir boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada jangkaan bergantung kepada intensi hujan semasa.
00:58Sehubungan itu, penduduk di kawasan berisiko dinasihatkan sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Recommended