00:00Baik, calon Pakatan Harapan PH bagi Dewan Undangan Negeri Air Limau, Meja Bersara Jaini Dimon mahu mencipta sejarah baharu dengan
00:08menumbangkan barisan nasional di kawasan itu meskipun menerima mandat sebagai calon hanya dua hari sebelum penamaan calon.
00:14Jaini yang juga bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia berkata, keputusan menerima pencalonan itu pada saat akhir merupakan cabaran besar.
00:24Bagaimanapun, beliau melihatnya sebagai peluang untuk membawa perubahan kepada kawasan yang didakwanya masih ketinggalan dari segi pembangunan.
00:32Di Dun Air Limau ini adalah satu dun yang agak saya boleh katakan terpinggi sebab Negeri Melaka telah menyatakan Melaka
00:46adalah negeri maju pada tahun 2010 lagi.
00:48So, sudah 16 tahun negeri maju untuk Melaka ini berjalan. Tetapi saya nampak pembangunan di Dun Air Limau ini sangat
01:00perlahan dan tak ada sangat pembangunan yang boleh kita banggakan sebagai sebahagian daripada negeri Melaka yang dah maju.
01:10Mengulas lanjut, Jaini berkata antara keutamaan sekiranya diberi mandat ialah memperkukuh sektor pertanian yang menjadi antara kegiatan ekonomi penduduk setempat.
01:19Selain itu, beliau turut menawarkan pemasangan mesin AED di masjid dan rumah ibadat Bukadislam sebagai antara inisiatif utama sekiranya diberi
01:27mandat.
01:28Dalam usaha merancakkan ekonomi setempat pula, Jaini mahu menambah benih udang galah di Sungai Jernih dan Sungai Timun bagi memperkasakan
01:35lagi aktiviti berkenaan.
01:36Langkah itu bukan sahaja bertujuan memastikan kelangsungan spesies berkenaan, malah boleh dijadikan produk pelancongan yang memberi manfaat ekonomi kepada penduduk.
01:45Dalam pada itu, kedudukan Lubuk China sebagai pintu masuk utama ke Melaka dari arah tol pedas, turut boleh dimanfaatkan bagi
01:52merancakkan ekonomi berasaskan makanan dan pelancongan.
01:55Dun Air Limau menyaksikan saingan satu lawan satu antara Jaini dengan penyandang kerusi berkenaan Datuk Hamid Maitin Kunju Bashir daripada
02:03BN.
02:06Terima kasih telah menonton!