00:00Iran menolak dawaan Perancis bahawa negara itu terbabit dalam serangan saiber di Perancis sambil menyifatkan dawaan berkenaan sebagai tidak berasas.
00:09Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Iran menafikan sebarang pembabitan dan mengecam pendekatan Perancis yang disifatkan sebagai menuduh Teheran tanpa asas.
00:19Kementerian itu berkata Iran akan mengambil langkah yang dianggap perlu bagi melindungi kepentingan dan keselamatan negara daripada tindakan asing yang
00:27menyalahi undang-undang.
00:28Respon itu menyusul selepas Perancis mendakwa Iran melancarkan serangan saiber yang menyasarkan pengawal sistem penyejukan di lebih 700 primis peruncetan
00:37pada malam 11 hingga 12 Oktober lalu.
00:40Kementerian Luar Perancis berkata serangan itu menyebabkan kerosakan harta benda yang meluas, kebakaran serta kerugian makanan yang dianggarkan bernilai puluhan
00:47juta euro.
00:48Paris berkata pihaknya akan memanggil duta Iran dan menggesa kesatuan Eropah-EU mengenakan sekatan baru terhadap individu serta entiti Iran
00:56yang terbabit dalam serangan berkenaan.
00:58Perancis turut menyatakan bahawa pihaknya tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan lanjut sebagai tindak balas terhadap insiden itu.
01:05Terima kasih telah menonton!