Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
SPR melaksanakan langkah mitigasi dan kawalan keselamatan tambahan secara berterusan bagi menangani ancaman siber susulan gangguan terhadap sistem digitalnya menjelang PRU DUN Melaka dan Sarawak.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Suruhan jaya pilihan raya Malaysia SPR terus memperkukuh keselamatan sistem yang menerusi langkah perlindungan tambahan dan tindakan mitigasi bagi menangani
00:10ancaman saiber, khususnya menjelang pilihan raya negeri PRN Melaka dan Sarawak.
00:15Langkah itu diambil susulan gangguan capaian terhadap sistem digital SPR akibat ancaman keselamatan saiber yang dikenal pasti baru-baru ini.
00:26Menurut setiap usaha SPR, Datuk Khairul Syahril Idrus, pihaknya telah memulakan penyelarasan dan kerjasama dengan agensi keselamatan saiber negara NAKSA,
00:36Majlis Keselamatan Negara MKN serta Jabatan Digital Negara JDN.
00:40Usaha itu bertujuan mencegah sebarang ancaman serta memperkukuh daya tahan sistem SPR bagi memastikan keselamatan dan kesinambungan operasi pilihan raya
00:49terpelihara.
00:49Dalam masa sama, SPR menjadikan saluran alternatif bagi memudahkan pengundi di Melaka dan Sarawak membuat semakan pusat mengundi.
00:58Antaranya menerusi foto rasmi atau aplikasi MySPR Semak selain menghubungi pusat panggilan SPR di talian 03-8892-7218.
01:09Pengundi juga boleh hadir ke barung semakan pusat mengundi pada hari mengundi.
01:13Sehubungan itu, pengundi dinasihatkan membuat semakan lebih awal dan menyimpan tangkap layar maklumat berkenaan bagi melancarkan urusan pengundian.
01:21SPR memberi jaminan bahawa keselamatan sistem dan kelancaran pengurusan pilihan raya sentiasa menjadi keutamaan.

Recommended