Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Ribuan mahasiswa dan kumpulan masyarakat sivil mengadakan demonstrasi di Jakarta, Yogyakarta, Surabaya dan beberapa bandar lain bagi menyuarakan pelbagai tuntutan terhadap pentadbiran Presiden Prabowo Subianto dan Naib Presiden Gibran Rakabuming Raka.
Transcript
00:00Ribuan mahasiswa dan kumpulan masyarakat sivil turun ke jalan raya di beberapa bandar utama Indonesia
00:05sempena Hari Pahlawan Nasional bagi menyorakan pelbagai tuntutan kepada Kerajaan Presiden Prabowo Subianto
00:11dan Naib Presiden Gibran Raka Bumi Raka.
00:14Di Jakarta, ratusan mahasiswa berhimpun bagi menuntut penilaian semula dasar kerajaan
00:19termasuk berkaitan pendidikan, reformasi institusi dan kebajikan rakyat.
00:26Ratusan mahasiswa yang berhimpun di Jalan Medan Merdeka Selatan mendesak kerajaan
00:32mengembalikan peruntukan pendidikan yang didakwa terjejas akibat pelaksanaan beberapa program baharu kerajaan.
00:38Selain isu pendidikan, peserta turut membangkitkan tuntutan berkaitan reformasi polis, kebakaran hutan dan tanah
00:45serta usaha membanteras rasuah.
00:47Menjalan petang berlaku ketegangan kecil antara peserta demonstrasi dan pihak polis
00:52namun keadaan kembali terkawal sebelum perhimpunan ditamatkan
00:56dengan nyanyian lagu mengheningkan cipta sempena Hari Pahlawan.
01:00Sementara itu, di hadapan bangunan Parlimen Indonesia,
01:03sekumpulan penunjuk perasaan yang menamakan diri sebagai Aliansi Selamatkan Bangsa
01:08menggesa Dewan Perwakilan Rakyat mengambil langkah meneliti kedudukan Gibran sebagai Naib Presiden.
01:14Di Yogyakarta, ratusan demonstran yang berhimpun di titik 0km
01:18turut menggesa pelbagai pembaharuan termasuk berkaitan isu alam sekitar, hak demokrasi dan kebajikan rakyat.
01:26Gabiner Daerah Istimewa Yogyakarta, Sri Sultan Hamengku Buwono X
01:30sempat bertemu peserta demonstrasi dan mendengar beberapa tuntutan yang dikemukakan.
01:36Demonstrasi serupa turut berlangsung di Banyumas, Makassar dan Surabaya
01:40dengan peserta menyuarakan pelbagai isu nasional termasuk keadilan sosial, alam sekitar dan takbik urus kerajaan.
01:47Terima kasih telah menonton!

Recommended