00:00Seterusnya, kaedah penilaian saintifik menerusi Performance Condition Assessment atau PCA
00:04membolehkan Kementerian Kerja Raya mengenalpasti punca sebenar kerosakan
00:07dan memastikan penurapan jalan persekutuan dilaksanakan dengan lebih tepat dan berkesan.
00:14Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata
00:17pendekatan berasaskan data itu merupakan pembaharuan penting yang dilaksanakan
00:21sekaligus mengelakkan pembaziran melalui kerja tampalan jalan yang tidak bersesuaian.
00:30Menurut Ahmad, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM34 juta pada tahun lalu
00:35khusus untuk menilai semula keadaan turapan jalan
00:38merangkumi kira-kira 20,000 km rangkaian jalan persekutuan seluruh negara.
00:43Kita telah membuat apa yang dipanggil sebagai Performance Condition Assessment, PCA.
00:52Sebelum ini tak dibuat PCA ini. Kita dah buat penilaian keadaan turapan
00:57dan kita peruntukkan RM34 juta pada tahun lepas untuk menilai keadaan turapan
01:04di seluruh jalan persekutuan lebih kurang 20,000 km.
01:09Dan daripada itu kita tahu rosaknya sama ada kategori fungsional yang kita boleh repair sikit.
01:16Yang kedua sama ada kategori struktur yang perlu perubahan yang lebih, turapan yang lebih, untuk lebih tepat.
01:25Ahmad berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Dr. Haja Halimah Ali, PN Kapar
01:31mengenai kualiti penerapan, tempoh liabiliti kecacatan dan pelancangan analisis kos sekitaran hayat
01:37untuk menanggani masalah kerosakan jalan berulang.
01:40Jelas Ahmad, datar terperinci daripada PCA membolehkan jurutera jalan membezakan antara kerosakan praktikal
01:47yang hanya melibatkan lapisan permukaan haus dengan kerosakan struktur
01:52yang menjejaskan asas bawah jalan akibat bebanan kenderaan berat.
01:56Langkah ini penting bagi memastikan kaedah pemulihan yang dipilih bersesuaian dengan tahap kerosakan
02:02dan bukan sekadar bergantung kepada tampalan kosmetik yang mudah rosak semula.
02:08Terima kasih telah menonton!