Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Public Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikan memaklumkan pengeluaran minyak sawit dijangka menurun tahun depan, didorong oleh faktor pengeluaran secara bermusim yang rendah dan impak daripada El Nino.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Lebihan inventori minyak sawit Malaysia dijangka berkurangan mulai bulan ini apabila pokok kelapa sawit memasuki tempoh pengeluaran yang rendah berpotensi
00:09menstabilkan harga minyak sawit mentah MSM.
00:12Public Investment Bank Berhad dalam nota penyelidikannya memaklumkan pengeluaran minyak sawit dijangka menurun tahun depan didorong oleh faktor pengeluaran secara
00:20bermusim yang rendah dan impak daripada El Nino.
00:27Menurutnya, inventori minyak sawit mencatatkan satu lagi paras tertinggi baharu sebanyak 3.6 juta tan pada Oktober.
00:34Ia meningkat 3.2% berbanding bulan sebelumnya apabila pengeluaran turut mencapai rekod tertinggi baharu walaupun momentum ekspor adalah kukuh.
00:43Bank pelaburan itu memaklumkan ekspor minyak sawit mencecah paras tertinggi dalam tempoh dua tahun sebanyak 1.7 juta tan disokong
00:52permintaan kukuh dari Kesatuan Eropah dan India.
00:56Sementara itu, CIMB Securities Sendirian Berhad mengunjurkan inventori minyak sawit akan berkurangan 1.5% bulan ke bulan kepada 3
01:05.57 juta tan pada November berikutan penurunan pengeluaran secara bermusim yang mengatasi ekspor.
01:12Dalam nota berasingan, bank itu memaklumkan inventori minyak sawit Malaysia yang mencatatkan paras tertinggi baharu dan harga minyak mentah yang
01:20rendah memberi tekanan kepada harga MSM dalam tempoh terdekat.
01:25CIMB Securities memaklumkan kemarau yang berpanjangan di Indonesia boleh menjejaskan hasil tandan buah segar dalam tempoh 12 hingga 18 bulan
01:34akan datang.
01:35Manakala potensi kekurangan buruh asing di Malaysia mewujudkan risiko terhadap pengeluaran minyak sawit.
01:40Public Investment Bank dan CIMB Securities mengekalkan saranan wajaran tinggi terhadap sektor peladangan.

Recommended