00:00Projek laluan ril Pantai Timur ECRL berpotensi menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi menerusi pengangkutan kargo
00:07selain meningkatkan kesaling hubungan antara Pantai Timur dan Pantai Barat.
00:12Pengasas Komuniti Pejuang Hartanah Datuk Ahyad Ishak berkata,
00:16sumbangan sektor kargo dijangka mengatasi perkhidmatan penumpang sebagai sumber pendapatan utama ECRL dalam jangka panjang.
00:26Dan bila saya mengkaji, ada laporan yang mengatakan bahawa revenue pendapatan daripada ECRL ini
00:32akhirnya nanti bila dah cukup-cukup matang, akhirnya 70% dari kargo.
00:39Oh, ok.
00:40Dan 30% itu dari manusia, penumpang.
00:44Ok.
00:44Jadi sebenarnya kalau kita tak faham, ECRL ini dicipta untuk ekonomi, untuk menggerakkan kargo.
00:51kerana pendapatannya diunjurkan akan lebih banyak datang dari kargo.
00:57Jajaman ECRL sepanjang 665km yang memangkumi 20 stesen memperlihatkan kepentingan strategik projek berkenaan
01:05dengan 10 stesen dikhususkan kepada penumpang, manakala 10 lagi menggabungkan perkhidmatan penumpang dan kargo.
01:12Bagaimanapun, Ahyad menjelaskan, perkhidmatan penumpang dijangka menjadi penyumbang pendapatan lebih besar
01:17pada peringkat awal operasi, khususnya antara 2027 hingga 2028, sebelum aktiviti pengangkutan kargo berkembang dengan lebih ketara.
01:27Perkembangan itu katanya menunjukkan kepentingan menilai potensi ECRL berdasarkan keupayaannya
01:32menghubungkan pusat industrian, memperkukuh rangkaian logistik,
01:36serta mempercepat pergerakan barangan antara pantai timur dan pantai barat.
01:40Terima kasih kerana menonton!