Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Category

🗞
News
Transcript
00:06Kerajaan menafikan dakwaan sengaja melengahkan pelaksanaan hukuman tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
00:13Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, keadaan itu berlaku kerana kekeliruan dalam perintah awal yang dikeluarkan Mahkamah
00:20Tinggi Kuala Lumpur Jumaat lalu.
00:26Setiausaha Agong Perikatan Nasional Datuk Seri Taquddin Hassan berkata, kelewatan empat hari memindahkan Datuk Seri Najib Razak dari penjara kajang
00:33ke kediamannya didakwa sebagai pencerobohan terhadap hak kebebasan individu yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
00:43Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadhil Marsuz menegaskan, anggota polis dibenarkan menggunakan senjata api dan menembak mana-mana individu sekiranya
00:51keselamatan diri terancam.

Recommended