Skip to playerSkip to main content
  • 10 minutes ago
Aktiviti membeli saham pada harga rendah dijangka meningkat minggu depan susulan penurunan FBM KLCI ke bawah paras 1,600, dengan pelabur turut menantikan data KDNK, inflasi dan perdagangan bagi petunjuk ekonomi seterusnya.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Aktiviti membeli saham berharga rendah dijangka kembali ke Bursa Malaysia minggu depan
00:05memandangkan penilaian saham menjadi lebih menarik susulan penurunan baru-baru ini.
00:09Menurut Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sundari Berhad, Tong Pak Leng,
00:14Futsi Bursa Malaysia KLCI, FBM KLCI susut di bawah paras $1,600 pada minggu yang baru berakhir ini.
00:21Mencatatkan penurunan 5 hari dagangan berturut-turut, menjadikannya semakin menghampiri zon terlebih jual.
00:28Bagaimanapun, Pak Leng menjangkakan FBM KLCI diniagakan stabil antara paras $1,580 hingga $1,600 minggu depan
00:37dengan pembelian terpilih dijangka menyokong lantunan semula teknikal.
00:41Pada minggu depan, beliau menjangkakan para pelabur akan memantau pengumuman keluaran dalam negara kasar KDNK
00:47bagi suku ketiga 2026 serta data inflasi dan data perdagangan Oktober
00:52bagi mendapatkan petunjuk seterusnya mengenai daya tahan ekonomi.
00:56Beliau berkata angka pengeluaran perindustrian dan jualan runcit China
01:00serta minit mesyuarat bulan Oktober Rizal Persekutuan AS juga akan mempengaruhi sentimen serantau.
01:07Bagi tempoh Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 33.99 mata kepada 1,582.59
01:15daripada 1,616.58 pada minggu sebelumnya.
01:20Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 11.59 bilion unit
01:24bernilai 7.70 bilion ringgit
01:27daripada 15.49 bilion unit
01:30bernilai 14.43 bilion ringgit
01:33pada minggu sebelumnya.

Recommended