Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
NTSB menemukan perakam data pelayaran Atlantic Asphalt selepas kapal tangki itu berlanggar dengan kapal persiaran American Heritage di Sungai Mississippi. Kira-kira 100 orang diselamatkan dari air dan sembilan masih dirawat di hospital setakat petang Sabtu.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Penyiasat AS menemukan perakam data pelayaran kapal tangki Atlantic Asphalt yang berlanggar dengan sebuah kapal persiaran mewah di sungai Mississippi,
00:09New Orleans.
00:10Lembaga Keselamatan Pengangkutan Pembangsaan AS NTSB memaklumkan penemuan itu pada Sabtu.
00:18Perakam berkenaan menyimpan data kelajuan arah dan haluan kapal setelah rakaman audio dari anjung kawalan.
00:24Dalam kejadian pada Jumaat, Atlantic Asphalt berlanggar dengan kapal persiaran American Heritage yang sedang berlabuh dengan 191 orang di atas
00:33kapal.
00:33Penumpang mula menyelamatkan diri apabila kapal itu tenggelam.
00:37Datuk Bandar New Orleans Helena Moreno berkata, tiada kematian dilaporkan manakala pasukan penyelamat membawa keluar kira-kira 100 orang dari
00:45air.
00:46Menurut Moreno, 32 orang dibawa ke hospital tempatan selepas pelanggaran itu.
00:50Nahas berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari Jumaat waktu tempatan ketika kapal persiaran American Heritage sedang berlabuh di
00:58Terminal Thalia Street, Pelabuhan New Orleans.
01:01Penumpang sedang turun dari kapal ketika kapal tangki Atlantic Asphalt merempuhnya.
01:06Rempuhan itu menyebabkan kapal persiaran terbalik ke sisi mengakibatkan penumpang dan kru terjatuh ke sungai Mississippi.
01:13Kira-kira 100 orang diselamatkan dari air dan tiada kematian dilaporkan.
01:17Pengawal pantai AS memaklumkan kapal tangki itu dipercayai mengalami masalah kawalan kemudi sebelum rempuhan namun punca sebenar masih disiasat.
01:26Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan AS menjangkakan laporan awal dalam tempoh 30 hari.
01:36Terima kasih.
01:38Terima kasih.
01:39Terima kasih.

Recommended