Skip to playerSkip to main content
  • 14 minutes ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri perasmian, sesi pleno dan retret pemimpin ASEAN di Manila. Pemimpin dijangka menilai pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai Myanmar serta kemajuan rundingan Kod Tata Laku di Laut China Selatan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Krisis Myanmar dan ketegangan di Laut Cina Selatan dijangka menjadi tumpuan utama sidang kemuncak ASEAN ke-49 di Manila, Filipina
00:08pada ahad.
00:09Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim yang tiba di Manila pada malam Sabtu dijadual menghadiri majlis perasmian di pusat konvensyen
00:16antarabangsa Filipina.
00:20Majlis itu akan dipengerusikan Presiden Filipina Ferdinand Marcus Jr. selaku pengerusi ASEAN.
00:26Anwar kemudian akan menyertai sesi Plano dan sesi Retreat, Pemimpin ASEAN.
00:31Beliau diiringi Menteri Luar, Dato' Sri Muhammad Hassan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Dato' Sri Johari Abdugani.
00:37Menurut Wisma Putra, Pemimpin ASEAN dijangka menilai peraksanaan konsensus lima perkara mengenai Myanmar dan membincangkan langkah seterusnya.
00:46Agenda Keselamatan Maritim pula dijangka merangkumi cadangan penubuhan pusat maritim ASEAN serta kemajuan rundingan kod tata laku di Laut Cina
00:54Selatan.
00:55Sidang kemuncak itu turut memberi peluang kepada Malaysia untuk bertukar pandangan mengenai hala tujuh ASEAN termasuk usaha memperkukuh daya tahan
01:02serantau, keselamatan tenaga dan rantaian bekalan.
01:06Isu jerebu rentas sempadan dan krisis di Asia Barat juga dijangka dibincangkan.
01:11Pada ahad, Anwar turut di jadual menyertai pertemuan berasingan dengan wakil perhimpunan antara Parlimen ASEAN, Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN dan
01:19Belia ASEAN.
01:21Belia juga di jadual menerima kunjungan hormat Presiden Bank Pembangunan Asia, Masato Kanda.
01:26Pada Isnin, Anwar di jadual menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN bersama Cina, Australia, Korea Selatan dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
01:35Persidangan tiga hari itu berakhir pada selasa dengan agenda termasuk Sidang Kemuncak Khas ASEAN Amerika Syarikat serta penyerahan pengerusian ASEAN
01:44daripada Filipina kepada Singapura.
01:46Terima kasih telah menonton!

Recommended