Skip to playerSkip to main content
  • 4 minutes ago
EU memberi amaran bahawa banjir dan keadaan musim sejuk memburukkan krisis kemanusiaan di Gaza. Menurut PBB, kira-kira 1.4 juta penduduk tinggal di khemah atau tempat perlindungan sementara, manakala lebih 150,000 khemah masih menunggu kebenaran untuk dibawa masuk.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kesetuan Eropah EU menggesa Israel membuka semula semua sempadan Gaza supaya bantuan kemanusiaan dapat dibawa masuk segera tanpa halangan dan
00:09diagihkan secara berterusan.
00:12Dalam kenyataan pada Sabtu, EU berkata banjir teruk dan keadaan musim sejuk memburukkan lagi keadaan hidup penduduk Gaza.
00:22Setahun selepas gencatan senjata diumumkan, serangan tentera masih berlaku dan bekalan barangan asas tetap tidak mencukupi susulan sekatan kemasukan.
00:31EU menggesa Israel memudahkan operasi pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB serta organisasi kemanusiaan dan mematuhi kewajipannya di bawah undang-undang
00:39antarabangsa.
00:39Blok itu turut menyifatkan serangan udara terbaru ke atas Hospital Nasir sebagai amat membimbangkan sambil menekankan kewajipan melindungi orang awam,
00:48infrastruktur awam, petugas perubatan dan kemudahan kesihatan.
00:53EU menegaskan semula sokongannya terhadap penyelesaian dua negara dan menggesa semua pihak melaksanakan sepenuhnya Resolusi 2803 Majlis Keselamatan PBB tanpa
01:02berlingah.
01:03Blok itu gesa pelucutan senjata secara kekal oleh Hamas dan kumpulan bersenjata lain, pengunduran sepenuhnya tentera Israel serta pealihan kepada
01:11pentadbiran awam di Gaza.
01:13EU menegaskan Hamas tidak seharusnya memainkan sebarang peranan dalam pentadbiran Gaza pada masa depan.
01:19Pada 7 November, pihak pertahanan awam Gaza mengisytiharkan darurat pada tahap tertinggi selepas ribut hujan menegalami kira-kira 70,000
01:27kemah penduduk yang terpaksa berpindah sekaligus membebankan pasukan penyelamat.
01:31Menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, kira-kira 1.4 juta rakyat Palestine atau 65% penduduk Gaza tinggal
01:40di kemah atau tempat pelindungan sementara.
01:43Bekalan tempat pelindungan di Gaza hampir habis, manakala lebih 150,000 kemah masih menunggu kebenaran untuk dibawa masuk.
01:51Israel pula berkata pihaknya mengehadkan kemasukan bahan tertentu kerana bimbang ia boleh digunakan oleh Hamas untuk tujuan ketenteraan.

Recommended