00:00Sepuluh guru dan seorang pelajar yang terkandas akibat banjir di kawasan Simpang, Taiping, dihantar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Matang dengan
00:07bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, APM.
00:10APM Daerah Larut Matang dan Selama memaklumkan kenderaan pacuan empat roda dan ambulans digunakan kerana laluan ke sekolah, dinaiki air
00:19dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.
00:21Menurut APM, perjalanan menghantar mereka mengambil masa antara 10 hingga 15 minit. Bantuan pengangkutan turut diteruskan dari semasa ke semasa
00:30untuk menghantar guru dan pelajar lain ke sekolah masing-masing.
00:34Sementara itu, keadaan banjir di Larut Matang dan Selama semakin buruk dengan 911 mangsa ditempatkan di 12 pusat pemindahan sementara
00:42PPS.
00:43Di daerah Keryan pula, 13 mangsa melindung di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Merah.
00:53Terima kasih kerana menonton!