Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka perlahan kepada 2.7 peratus pada 2026 dan 2.8 peratus pada 2027, susut daripada tiga peratus pada 2025.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar, KDNK Global, dijangka perlahan kepada 2.7% pada 2026 dan 2.8% pada
00:092027, susut daripada 3% pada 2025.
00:13Menurut firma penyelidikan Mojiz Analytics Amerika Syarikat, dijangka mencatatkan pertumbuhan atas sedikit daripada 2%,
00:21manakala China dan ekonomi utama global lain dijangka mengalami kelembapan.
00:28Unjuran asas itu mengandaikan inflasi meningkat secara sederhana dan bank pusat hanya akan mengetatkan sedikit lagi dasar monetarinya.
00:37Dalam keadaan ini, KDNK Global dijangka berkembang semayat 2.7% pada 2026 dan 2.8% pada 2027.
00:47Ia dilihat sedikit perlahan berbanding 3% pada 2025 serta sasaran melebihi 3% yang berpotensi dicapai oleh ekonomi global.
00:56Mojiz Analytics turut menyatakan prospek ekonomi global kekal tidak menentu seperti sebelumnya dengan risiko cenderung ke arah penurunan.
01:05Menurutnya, dagangan dalam pasaran kewangan tidak menentu apabila ketidakpastian dasar menimbulkan keraguan terhadap masa depan lonjakan AI
01:13serta penilaian harga aset tinggi yang disokong olehnya.
01:16Ketegangan yang tercetus semula di Asia Barat atau sekatan baru terhadap laluan perkapalan komoditi utama
01:23akan menambahkan tekanan apabila harga minyak lebih tinggi serta inflasi memaksa bank pusat menghadapi pilihan sukar yang lebih rumit.
01:31Ketidakseimbangan global besar boleh terus meningkatkan lagi ketegangan perdagangan serta menyebabkan inflasi yang lebih tinggi.
01:39Sehubungan itu, ekonomi global telah menunjukkan daya tahan namun ia perlu tumbuh lebih kukuh lagi.
01:45Terima kasih telah menonton!

Recommended