00:00Kesemuaan ekonomi Asia Pasifik APEC membincangkan usaha untuk memperluaskan penggunaan kecerdasan buatan AI secara selamat khususnya dalam penjagaan kesihatan, pendidikan
00:09dan juga tenaga.
00:10Menurut kenyataan APEC, China mencadangkan perbincangan mengenai ekonomi digital dan AI pada mesyuarat penutup pegawai kanan di Shenzhen.
00:19Cadangan itu menekankan keperluan memastikan manfaat AI dinikmati secara meluas tanpa melebarkan jurang digital.
00:26Pengurusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2006, Duta Chen Zhu berkata, ekonomi anggota masih mampu mencapai persefahaman walau berdepan cabaran ekonomi.
00:35Antara bidang yang mencapai persetujuan ialah keselamatan tenaga dan makanan, pengangkutan serta kewangan.
00:41Dalam hal perdagangan, pegawai kanan turut meneliti cadangan rangka kerja-kerjasama pendigitalan, perdagangan bagi tempoh 2007 hingga 2030 serta draft
00:50kenyataan mengenai kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik.
00:53Draf itu menggariskan penyelidikan dasar, pembinaan keupayaan dan kerjasama teknikal bagi membantu ekonomi anggota menyertai perjanjian perdagangan berpiawayan tinggi.
01:04Majlis Penasihat Perniagaan APEC pula menekankan kepentingan memastikan perdagangan dan pelaburan kekal terbuka di samping memperkukuh rantaian bekalan dan membangunkan
01:12infrastruktur yang menyokong ekonomi digital.
01:15Pemimpin dan wakil perniagaan dari rantau Asia Pasifik di jadual berhimpun di Shenzhen pada 18 dan 19 November.