00:00Kerajaan Negeri Johor membuat laporan polis dan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC terhadap sejumlah akaun mencurigakan di
00:09media sosial, memuat naik pelbagai dawaan serta fitnah berhubung projek pembangunan dan kemudahan awam di negeri itu.
00:16Menteri Besar Johor, Dato' On Hafiz Ghazi berkata tindakan diambil supaya siasatan dapat dijalankan berhubung kesahihan akaun, kandungan yang disebarkan
00:25serta kemungkinan wujudnya aktiviti yang dilakukan secara berkoordinasi.
00:31Beliau berkata kebanyakan hantaran dikesan menggunakan ayat serta naratif yang hampir sama selain mendakwa kononnya wujud projek bernilai ratusan juta
00:39ringgit dan menyebut nama syarikat yang pelik serta meragukan.
00:42On Hafiz berkata sebagian besar akaun berkenaan tidak mempunyai sebarang pengikut sekaligus menjelaskan pihaknya sentiasa terbuka menerima teguran, kritikan dan
00:51aduan rakyat.
00:52On Hafiz menyuarakan harapan agar budaya politik yang matang dan bertanggungjawab terus diamalkan dalam musim pilihan raya.
00:59Menurutnya perbezaan pandangan, kritikan atau tidak bersetuju tentang sesuatu perkara tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyebabkan fitnah atau mengelirukan rakyat.
01:07Pada masa sama beliau menasihati rakyat supaya sentiasa berhati-hati dan menyimak kesahihan setiap maklumat sebelum mempercayai atau menyebabkannya.