00:00Wabak Ebola di Republik Demokratik Kongo DRC masih belum terkawal 6 bulan selepas ia diisytiharkan pada 15 Mei lalu,
00:08susulan pelbagai kekangan termasuk serangan terhadap petugas kesihatan, tunggakan gaji dan kekurangan sumber.
00:15Ketua Pengarah Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika, Afrika CDC, John Kasia berkata,
00:21situasi itu kekal serius dan memerlukan tindakan segera bagi mengekang penularan virus berkenaan.
00:30Menurut data kerajaan, lebih 11,200 kes jangkitan dan 5,500 kematian direkodkan sejak wabak itu diumumkan.
00:38Kasia berkata, lebih 80% kes baharu dikesan dalam kalangan individu yang tidak tersenarai sebagai kontak dikenalpasti
00:44melalui lebih 65% kematian berlaku dalam komuniti di luar kemudahan kesihatan.
00:49Keadaan itu membimbangkan kerana virus Ebola lebih mudah menjangkiti orang lain pada peringkat akhir penyakit,
00:54sekaligus menyukakan usaha pengesanan dan kawalan penularan.
00:57Beliau memberi amaran kegagalan membendur wabak itu segera berisiko menjadikannya wabak Ebola paling buruk pernah direkodkan di dunia.
01:05Antara kekangan dikenalpasti termasuk petugas yang tidak terlatih,
01:08ambulans kehabisan bahan api serta kekurangan pasukan pemantauan dan pegesanan kes.
01:13Kasia turut mengakui kelemahan penyelarasan antara kerajaan Kongo dan penderma antarabangsa
01:18meskipun kormitmen bantuan berjumlah kira-kira $2.9 bilion Amerika telah dijanjikan.