• 7 minutes ago
Seramai 10,000 pelarian Rohingya dari Malaysia bakal ditempatkan di Turkiye menerusi program latihan kemahiran berstruktur selepas cadangan berkenaan mendapat persetujuan Jemaah Menteri.
Transcript
00:00Malaysia bakal melaksanakan pendekatan baru bagi menangani isu pelarian Rohingya apabila seramai 10,000 pelarian ditempatkan di Turki menerusi program
00:09latihan kemahiran berstruktur.
00:12Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan itu dipersetujui Jemaah Menteri susulan lawatan kerja rasmi ke Turki
00:21baru-baru ini.
00:23Menurut beliau pelarian yang terlibat akan mengikuti program pendidikan dan latihan teknikal dan vocational atau TVET selama 3 hingga 6
00:32bulan sebelum berpeluang memasuki pasaran pekerjaan mengikut peraturan negara berkenaan.
00:37Katanya inisiatif itu bukan sekadar penempatan semula ke negara ketiga malah memberi peluang kepada pelarian membina kehidupan baru melalui pendidikan,
00:46kemahiran dan pekerjaan yang lebih terjamin.
00:48Menurutnya, kerajaan akan menyelaraskan pelaksanaan inisiatif itu bersama pihak berkuasa Turki, UNHCR serta agensi berkaitan bagi memastikan proses pemilihan, latihan,
01:00dokumentasi dan penempatan dilaksanakan secara teratur.
01:04Beliau menegaskan kerjasama Malaysia dan Turki itu berpotensi menjadi model pengurusan pelarian yang lebih sistematik, mampan dan berperi kemanusiaan.

Recommended