00:00Jabatan Kastam Diraja Malaysia JKDM Pulau Pinang berjaya mematahkan cubaan menyeludup tiga wanita warga Myanmar
00:07selepas menahan sebuah kereta yang membawa mereka di Jalan Masjid Negeri Georgetown 25 Oktober lalu.
00:14Pengarah Kastam Negeri Hasbullah Din berkata, kejayaan itu hasil risikan selama dua minggu
00:20yang mengesan sebuah kereta Suzuki Swift dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 3 pagi.
00:29Ketika kenderaan itu tiba di hadapan sebuah stesen minyak, pasukan bertindak menahannya untuk pemeriksaan
00:35selain menemukan seorang lelaki di tempat duduk pemandu serta tiga wanita di tempat duduk penumpang belakang.
00:42Pemeriksaan lanjut mendapati ketiga-tiga wanita terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.
00:48Selain tiada pergerakan keluar masuk ke negara ini berdasarkan semakan dengan Jabatan Imigresyen.
00:53Siasatan awal mendapati ketiga-tiga wanita yang mempunyai petalian kekeluargaan itu
00:59dipercayai memasuki Malaysia melalui laluan tidak diwartakan di kawasan hutan berhampiran Bukit Kayu Hitam Kedah
01:06sebelum bertukar kenderaan dan dibawa ke Georgetown menggunakan kenderaan dipandu lelaki terbabit.
01:13Semakan juga mendapati kenderaan itu didaftarkan secara sah atas nama seorang lagi warga Myanmar.
01:18Keempat-empat individu terbabit di Rehman selama 14 hari bagi membantu siasatan
01:24selepas Mahkamah Magistri Georgetown mengeluarkan perintah Rehman terhadap mereka.
01:29Manakala pertuduhan terhadap tiga wanita berusia lingkungan 20-an itu pula
01:33dijadualkan Disember ini manakala kes mereka disiasat
01:37mengikut Seksyen 6-1-C Akta Imigresyen 1959 Palang 63
01:43kerana memasuki negara tanpa pasah.